Thursday, February 7, 2013

Welcoming Note

Selepas blog kubakoya.com ditalkinkan awal 2012, aku cuba tampil dengan blog-blog remeh. Kerja yang buat tak apa, tak buat pun tak apa. Sebenarnya. Aku sedang cari modal atau niche mengkagumkan agar berbaloi aku habiskan masa depan monitor LCD. Ya, identiti.

Kali ini aku mahu tampil dengan rasa lebih bertanggungjawab. Selain cuba provoke mentaliti ortodoks Orang Islam di dalam penulisan novel dan slot-slot akhbar yang belum diterbitkan, aku mahu guna platform ini sebagai satu cara untuk membuang masa dengan lebih bermanfaat. Masa aku dan masa kau.

Juga masa sesiapa saja yang mahu fahami sifat-sifat kelembuan yang bakal aku sampaikan. Selepas bergelumang dengan falsafah, fakta dan idealogi dari buku-buku yang membawa harapan, aku kena menulis. Kerna kalau lepas baca aku diamkan, ilmu bermanfaat itu akan diam dan pergi. Kesungguhan bacaan yang tidak diuji, di-challenged, macam studi tanpa exam. Gila. Rasa tak best tahu.

Aku cerita benda-benda rare macam ni di kedai kopi mereka akan terlopong saja. Kau pula cantik dan bijak, pasti akan paham. Agar itu jadi tanda kau tak dijangkiti virus kelembuan.

Salam blogging...
Kerbau...




2 comments:

ShareThis