Tuesday, February 19, 2013

AIR JAMPI - realiti masyarakat jahiliyyah moden

Kelembuan terjadi apabila ustaz cuba jadi pharmacist...

Dalam Quran sebut lagu yang bagaimana? Cuba ingat betul-betul ayat yang femes tu.

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." - Al-Isra, 82.

Ayat ini jadi dalil kepada amalan-amalan membaca doa dan ayat khusus. Elok sebenarnya agar kerja kita buat kita cuba relate dia punya spirit dengan Pencipta, spiritually guides us to our core purpose.

Baru-baru ini sejenis kepercayaan karut telah membuat taik dalam agama yang cantik ni apabila muncul sejenis khurafat yang keterlaluan, yang dihias agar nampak syariah compliant, lalu menipu sekalian rakyat yang sakit dan desperate tapi jahil.

Air jampi. Kismis jampi. Air terapi.. atau apa saja yang dijampi-jampi. Terlalu superior jampinya mengubah chemistry substance ciptaan Allah macam hukum fizik ni bapak dia yang punya.

Bila seorang umat Islam yang dijangkiti virus kelembuan nampak sebotol air yang elok dibacakan Quran 40 kali khatam, didoakan oleh ustaz lulusan Azhar disertai kekeramatan anai-anai yang baru usai mentekedarah kertas naskah Quran, ia lantas mengkagumkan akal fikiran hamba Allah tersebut. "Ramuan ini amat hebat!" katanya. Dia jualah insan yang sama dahulunya bertasbih dan bertahlil mengkagumi kes sejadah berdiri sendiri malam-malam dan percaya Israel ada sembunyi-sembunyi tepek gambar Iluminati di sejadah orang Islam.

Please lah. Jangan kerana takutkan neraka kita gadai kebijaksanaan yang diperlukan untuk ke syurga.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya...... " - An-Nisa', 58.

Kejadian alam ni ada ukuran dia. Allah buat segala benda ikut kelas masing-masing, dengan fungsi masing-masing membentuk struktur kehidupan yang harmoni. Jangan sebab terlalu taksub dengan kekeramatan ritual keagamaan, kita cuba bypass hukum logik dan layan air jampi. Itu semua salah faham yang layak dianjingkan orang kebanyakan.

Ulama ada kelas, ada kategori. Ulama ada dalam bidang hadith, syariah atau fekah sebagaimana kita juga ada ulama dalam bidang haiwan (arwah Steve Irwin contohnya), ulama dalam bidang farmasi, ulama dalam bidang biologi, juga ulama dalam bidang narkotik. Nak kasi semua kerja sains ini atas kepala pakar usuluddin, menggelabah la dia nak petik riwayat sana-sini.


Bab sakit penyakit ni, rujuk la ulama perubatan atau kita sebut doktor. Kalau pun nak cuba jadi Mac Gyver, nak cuba ubatkan diri sendiri, pergi la cari pokok misai kucing ke tunjuk langit ke kalau sah kau dijangkiti kencing manis. Dalam tumbuhan naif tu ada bahan kimia yang boleh rawat penyakit. Kalau tak reti, pergi je la jumpa doktor di sebuah hospital. Tabib cina ke. Kalau nak ikutkan air jampi, dia punya coverage tu memang melebihi 36 jenis penyakit. Parkinson, darah tinggi, jogging tak sampai satu kilometer, sperma kurang, senggugut, kanser .... semua cover. Cuba lihat sini. Complete. Kau cari satu kampeni insurans yang list dia sebegini daring, confirm tak ada. Cuma tak ada lagi ustaz berani masukkan penyakit AIDS dalam list aku rasa sebab ilmu jampian dia tak cukup confident lagi untuk bertemu virus HIV.

Kelembuan.

Penyakit ini disebut dalam Quran. Kelembuan adalah sifat manusia yang menutup akal fikiran logik lalu mengikut jampi serapah tahyul yang kononnya berlunaskan keagamaan. Ini yang Allah nak, inilah Islam, katanya. Mereka percaya agama itu satu hal yang luarbiasa, mukjizat, atau keramat. Sebab itu setiap hari mereka lihat tapir terbang di langit dan lembu gali lubang bertelur dan kambus. Mereka suka dengar cerita wali-wali taraf cerita Pinocchio dan Alice in the Wonderland supaya mereka rasa mereka menganuti sebuah agama yang cukup keramat.

Mereka adalah manusia yang ada hati tapi tak boleh nak berfikir, ada mata tapi dia buat-buat tak nampak sistem dan fungsi ciptaan Allah ni lagu mana, dan dia tak dengar perbahasan-perbahasan yang berilmu.

Some people... dia ada penyakit narcissism. Sejenis kecacatan pada akal fikiran. Dalam perbualan, dia mendengar sesuatu, tapi otaknya tidak memproses apa yang dia dengar sebagai satu informasi, tetapi dia mendengar hanya untuk membalas balik. Dia ada idealogi, dan idealogi itu sangat betul sehingga dia tak perlu proses apa yang diberitahu orang. Arwah Stephen R Covey tulis benda ini dengan cantik. Beli buku beliau - 7 habits.

Penyakit narcissism ini apabila ada dalam agama, sangat parah. Sangat jelik. Apatah lagi dia berasa semua hujah dia dibackup Allah. Tuhan kata begini. Allah kata begini. Jadi kau kena buat begini, kalau tak kapir masuk neraka. Allah... cuba berhenti sebentar dan renung... Yang kata begitu betul ke Allah atau tafsir Al-Quran yang ditulis manusia? Yang confident gila tu kau dengar sendiri ke dengar cakap orang?

Bro, yang kita kira halaju graviti 9.81 meter sesaat itu adalah satu parameter/ilmu/bacaan yang di-set direct dari Allah. Allah buat alam ini, Allah tetapkan peraturan ikut kehendakNya. Chemical reaction, physics, Newton's Law, Entropy, adalah parameter kejuruteraan alam yang dijumpai saintis. Bukan direka Barat. Ia dicipta Allah, dijumpai Einstein dan kawan-kawan. Sebelum tu ia dijumpai Khawarizmi dan Ibnu Sina.  Ia bukan perbahasan falsafah tetapi hukum dan fakta. Cuba terjun dari tingkat 6 kau akan rasa. Ia 'ayat' Allah. Wajah 'Allah' yang ada dan kita boleh tengok dengan mata, kepala dan hati.

"Science study brings ideas into one conclusion, truth. Philosophies study divide one into thousand thoughts - deceptions."

Serius aku rasa bangang gila apabila orang Islam mendahulukan perbahasan falsafah melebihi sunnah kejadian Allah. Apa susah sangat nak faham?

Kebanyakan rujukan keagamaan kita dilapisi falsafah dan huraian retorik. Ia penting tapi ia bukan neraca asas. Retorik- ilmu bahasa. Berlapis-lapis, sampai ke hari ini... ulama Fekah, Usuluddin, Tauhid, dan Hadith terlalu fokus pada membahaskan ilmu bahasa yang disampaikan ulama terdahulu. Analogi kepada kereta, mereka perbahaskan grammar dan verbs dalam 'user manual', bukan pegang spanar buka bonet kereta directly.

Kita perlu kekuatan untuk leraikan lapisan-lapisan akidah sesat ini dan bawa ummat Islam kembali ke dasar ilmu. Semasa Rasulullah dilahirkan, Arab Jahiliyyah sujud depan patung dan towaf berbogel. Kalau jual air jampi Khadafi kepada Arab Jahiliyyah confirm sold out. Macam kita juga, amalan mereka ini bukan suka-suka, tetapi ada dalil. Ya, tafsiran-tafsiran injil yang sudah korap. Rasulullah mula bawa wahyu Makkiah berupa ayat-ayat logik dan bersifat alamiah - kejadian unta, kejadian langit, kejadian bintang, kejadian manusia, kejadian air laut... semua ini usaha untuk alih otak tahyul Quraisy kembali fikir logik akan fitrah alam.

Ummat Islam sekarang, dibuktikan oleh jualan air jampi yang hebat ini, sudah sah kembali ke alam jahiliyyah. Nama Islam tapi munafik, dan percaya perkara khurafat yang dilekatkan label Islam. Buat produk bodoh dengan nama agama untuk cari makan. Serius aku tak tahu bagaimana nak menjawab di sana nanti.

Sebijik macam kafir Quraisy. Baca Quran, lihat petikan kisah-kisah ummat terdahulu - Luth, Tsamud, dan Firaun. Kenapa kisah ini dibawa kepada Arab Jahiliyyah, kenapa!

"Demi sesungguhnya, kisah mereka itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran" - Yusuf, 111. 

Apakah anda semua mempunyai akal fikiran? Ini bukan aku yang sebut, tapi Quran.

Duhai sahabatku... ustaz, syeikh,

Air jampi-jampi ni semua, apa betul satu methodology yang Allah maksudkan dengan ayat awal post tadi atau khurafat sebenarnya? Cuba duduk dan berfikir...

Media:
KPDNKK temui JAKIM bincang isu air jampi
Ismail Sabri: Ministry to discuss ‘air jampi’ products

2 comments:

  1. bila bisnes menggunakan label islam untuk melariskan produk walaupon benda yang tak betul, ni la jadinya..ramai yang mudah percaya atas dasar agama..sedih gak tngok kejahilan tu menampakkan kelembuan sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru air jampi. yg dirogol kerana percayakan bomoh lagi tragis. Macam mana pemikiran diorang punya orientasi itu yg pelu kita kupas.

      Delete

ShareThis